Thursday, 3 October 2013

ICT dalam Matematik





Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepertimana yangdiwawaskan dalam Wawasan 2020. Dasar-dasar Pendidikan Negara sentiasa dikaji dan kurikulum pendidikan dikemas kinikan bagi meningkatkan mutupendidikan dan memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru. Kurikulum Sekolah Bestaridigubal dengan mengambil contoh amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan membolehkan sistempendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk :"memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani dan jasmani.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"Di samping memberi penekanan kepada usaha yang lebih gigih untukmembina kekuatan daya fikiran dan penerapan nilai secara eksplisit,ia jugamenekankan perkembangan potensi pelajar secara individu untukmemanfaatkan pengetahuan ICT.

Keupayaan pengunaan ICT secara berkesan kini semakin penting sebagai prasyarat maklumat dalam setiap aktiviti manusia. Pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum. Kurikulum sekolah sudah menuntut betapa pentingnya penguasaan an kemahiran literasi ICT terutama kepda semua pelajar sekolah. Pada era digital sekarang P&P matematik dengan pengunaan ICT semakin banyak.

Pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Matematik dapat memperkayakan tajuk yang diajar disamping boleh membaiki kualiti pengajaran matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain. Contohnya penyelesaian masalah adalah bahagian penting dalam pendidikan matematik.



 Secara amnya, multimedia menggunakan pelbagai media untuk persembahan sesuatu maklumat . Ia adalah sebahagian daripada elemen media seperti grafik, animasi, video, bunyi, teks dan pengajaran yang berasaskan komputer. Ia tidak mengambil tempat guru tetapi sebagai alat bantu mengajar dan pelengkap kepada P&P. Suasana pengajaran yang interaktif menggalakkan komunikasi pelbagai hala. Penglihatan dan pendengaran menarik minat pelajar. Penggunaan multimedia secara tidak langsung membuka ruang kepada murid memahirkan diri dengan teknologi. Konsep pembelajaran kendiri dapat  dijalankan jika perisian tersebut memotivasikan pelajar untuk terus belajar. Sesi pemulihan juga dapat dilaksanakan dengan tahap penerimaan dan kefahaman pelajar

No comments:

Post a Comment