Thursday, 3 October 2013

Rujukan
Abdul Latif Samian (1997), Falsafah Matematik Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maimunah Hj Daud, Noraini Idris (1994), Pengajaran dan Pembelajaran Matematik, Kuala            Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang (1995), Matematik untuk Dinamika Guru, Kuala Lumpur : Kumpulan                            Budiman Sdn.Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementeriaan Pelajaran Malaysia (1981), Buku Sumber Matematik untuk Guru Sekolah Menengah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kurikulum Matematik Di Malaysia. Dimuat turun pada Sept 1, 2013 daripada


matematik-di-malaysia/
ICT dalam PNP Matematik. Dimuat turun pada Sept 1 , 2013 daripada
Sejarah Matematik. Dimuat turun pada Sept 2, 2013 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik                     
Jurnal : Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di

Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi ( Md Nor Bakar & Rashita


A.Hadi)  “ Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia”.
ICT dalam Matematik





Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepertimana yangdiwawaskan dalam Wawasan 2020. Dasar-dasar Pendidikan Negara sentiasa dikaji dan kurikulum pendidikan dikemas kinikan bagi meningkatkan mutupendidikan dan memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru. Kurikulum Sekolah Bestaridigubal dengan mengambil contoh amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan membolehkan sistempendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk :"memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani dan jasmani.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"Di samping memberi penekanan kepada usaha yang lebih gigih untukmembina kekuatan daya fikiran dan penerapan nilai secara eksplisit,ia jugamenekankan perkembangan potensi pelajar secara individu untukmemanfaatkan pengetahuan ICT.

Keupayaan pengunaan ICT secara berkesan kini semakin penting sebagai prasyarat maklumat dalam setiap aktiviti manusia. Pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum. Kurikulum sekolah sudah menuntut betapa pentingnya penguasaan an kemahiran literasi ICT terutama kepda semua pelajar sekolah. Pada era digital sekarang P&P matematik dengan pengunaan ICT semakin banyak.

Pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Matematik dapat memperkayakan tajuk yang diajar disamping boleh membaiki kualiti pengajaran matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain. Contohnya penyelesaian masalah adalah bahagian penting dalam pendidikan matematik.



 Secara amnya, multimedia menggunakan pelbagai media untuk persembahan sesuatu maklumat . Ia adalah sebahagian daripada elemen media seperti grafik, animasi, video, bunyi, teks dan pengajaran yang berasaskan komputer. Ia tidak mengambil tempat guru tetapi sebagai alat bantu mengajar dan pelengkap kepada P&P. Suasana pengajaran yang interaktif menggalakkan komunikasi pelbagai hala. Penglihatan dan pendengaran menarik minat pelajar. Penggunaan multimedia secara tidak langsung membuka ruang kepada murid memahirkan diri dengan teknologi. Konsep pembelajaran kendiri dapat  dijalankan jika perisian tersebut memotivasikan pelajar untuk terus belajar. Sesi pemulihan juga dapat dilaksanakan dengan tahap penerimaan dan kefahaman pelajar
Sejarah Matematik Di Malaysia


Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.

i.          Laporan Razak (1956)
Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 .Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.

ii.         Laporan Projek Khas (1970)
Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju.  Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara.  Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan.  Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.

 iii.        Program Matematik Moden (1970)
Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu, pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa.  Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah.  Pada 1972, topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik.  Dua buah buku teks iaitu Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima telah diterbitkan pada 1974 dan 1975.  Seterusnya, kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah disatukan pada 1978.  Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik.  Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan.

iv.        Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)
KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979).  Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden.  Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II.  Aras I (Tahun 1 – Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+, -, ÷ dan x).  Aras II (Tahun 4 – Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik.  Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik.

v.         Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994.  Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada  Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998.  Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam  Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994.  Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah  bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira.  Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya  boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik.  Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal insane yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993)

vi.        Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)
Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama.  Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf.
Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi  2020.
Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk tajuknya ialah:

1. Nombor bulat dan operasi asas.
2. Pecahan dan operasi asas.
3. Perpuluhan dan operasi asas.
4. Wang
5. Ukuran panjang dan berat.
6. Ruang
7. Purata
8. Peratus
9. Graf.

Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan enam rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah,seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
Selain daripada perkembangan kurikulum matematik seperti yang telah dibincangkan, ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah. Di antaranya ialah Projek Imbuhan (Compensatory Project), Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.


 vii.        Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980)

Projek Imbuhan telah dilaksanakan selepas Perang Dunia yang kedua untuk menangani keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di antara golongan kaya dan miskin. Akibat taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang yang ketara ini. Golongan kaya mendapat pendidikan yang sempurna manakala golongan miskin terus dipinggirkan untuk belajar. Berikutan itu, Projek Imbuhan dijalankan untuk membela nasib kanak- kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun 1975 sehingga tahun 1980. Melalui projek ini, peruntukan – peruntukan khas dalam bentuk bantuan telah dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah rendah dan pra- sekolah yang kurang berkemampuan. Ini termasuklah pemberian subsidi makanan, bantuan kewangan dan kemudahan- kemudahan lain. Bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan, projek ini telah disokong oleh sumber- sumber seperti bahan pembelajaran khas dan guru- guru yang dilatih khusus menjalankan projek ini. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif murid-murid. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan) dan elemen- elemen sosio-ekonomi dan politik.

viii.        Projek InSPIRE (1977)

(Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment)
Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977. Langkah ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan. Objektif utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah- sekolah rendah di luar bandar. Pelbagai set bahanbahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah dibina dan dihantar ke sekolah- sekolah untuk diuji. Di samping itu, objektif kedua projek ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. Projek InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983.


   ix.        Projek Sekolah Bestari di Malaysia

Salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia. Pada bulan Julai 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship- flagship lain. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship- flagship ini.Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat.


Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran – pembelajarannya. Ini ada kaitannya dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan juga bahan-bahan P&P. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri , terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Selain itu, Sekolah Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998. Dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari.
Sejarah Ahli Matematik


  • Pythagoras


Pythagoras hidup dalam zaman 500's BC, dan merupakan salah seorang daripada ahli fikir Greek. Beliau menghabiskan sebahagian besar masanya di Sicily dan selatan Itali. Pengikut-pengikut setia beliau bergelar ‘Brotherhood of Pythagoreans’, terdiri daripada lelaki dan perempuan dan mereka menumpukan sepenuh masa mengkaji matematik. Mereka sentiasa bersama Pythagoras dan mengajar orang lain tentang apa yang telah Pythagoras ajarkan kepada mereka. Mereka terkenal dengan kehidupan yang sejati / tulin, di mana mereka tidak makan kacang kerana pada fikiran mereka, kacang bukan benda yang sepenuhnya tulin. 

Mereka berambut panjang, berbaju biasa sahaja dan berkaki ayam. Pythagoreans berminat dalam falsafah terutama falsafah dalam muzik dan matematik. Menurut mereka, muzik mengeluarkan bunyi yang mempunyai makna dan matematik pula mempunyai cara atau peraturan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Pythagoras sendiri dikenali sebagai orang yang berjaya membuktikan bahawa Teorem Pythagoras adalah benar. Pythagoreans menulis banyak bukti berbentuk geometri, tetapi agak sukar untuk menentukan siapa membuktikan apa, disebabkan kumpulan ini ingin merahsiakan semua penemuan. Mereka menemui nombor bukan nisbah (irrational numbers)!




  • Euclid


Sehingga ke hari ini, tiada seorang pun yang mengetahui dengan mendalam tentang sejarah hidup Euclid. Kita hanya mengetahui bahawa beliau bekerja di bandar Alexandria, Mesir untuk beberapa ketika. Tiada didapati gambar beliau di mana-mana. Ada yang berpendapat kewujudan beliau diragui. Kemungkinan nama Euclid diada-adakan sahaja.

Walaubagaimana pun, Euclid (atau mereka yang menggelarkan diri mereka Euclid) hidup dalam masa 300 BC. Beliau ( atau mereka ) belajar di Akademi Plato di Athens, di mana dia banyak belajar tentang matematik dan seterusnya terkandung dalam buku beliau. Beliau juga mungkin berjumpa Aristotle di sana. Sepertimana Anaxagoras sebelum beliau, Euclid mahu membuktikan bahawa benda-benda boleh dibuktikan melalui penggunaan logik dan alasan (reason). Pada asasnya, segala peraturan dalam Geometry hari ini adalah berdasarkan tulisan Euclid, terutamanya 'The Elements'. 

The Elements terdiri daripada cetakan berikut : Volumes 1-6: Plane Geometry, Volumes 7-9: Number Theory, Volume 10: Eudoxus' Theory of Irrational Numbers, Volumes11-13: Solid Geometry .The Elements juga mengandungi permulaan bagi Teori Nombor. ‘The Euclidean algorithm’ yang selalunya dirujuk sebagai ‘Euclid's algorithm’ digunakan untuk menentukan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi dua nombor integer. Ini adalah salah satu daripada algoritma yang tertua , juga terkandung dalam Euclid's Elements. Hari ini, kita masih mempunyai salinan buku Euclid yang dimulakan dengan definisi asas tentang titik, garisan dan bentuk-bentuk. Kemudiannya, beralih kepada penggunaan geometri untuk membuktikan sesuatu. Buku Euclid seterusnya adalah mengenai matematik lanjutan, berkenaan bagaimana segitiga dan bulatan dihasilkan, begitu juga tentang nombor bukan nisbah dan geometri tiga-dimensi. Buku-buku Euclid terkenal disebabkan mudah untuk dibaca dan difahami. Ianya digunakan sebagai buku rujukan utama bagi matematik di semua sekolah di Eropah, Asia Barat dan Amerika selama dua ribu tahun, sehingga ke abad 20.


  • Liu Hui



Liu Hui hidup semasa kerajaan Wei. Tidak banyak perkara yang diketahui tentang Liu.Sejarah mencatatkan bahawa beliau menulis komentar terhadap ‘Nine Chapters’ padatahun keempat di era Jingyuan di bawah pemerintahan Putera Chenliu, lebih kurang    263AD. Ini merupakan buku praktikal bagi matematik, bertujuan menyediakan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan, soal selidik, urusan jual-beli dan urusan cukai. Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan kaedah dalam teks asal adalah penghampiran (approximations), dan beliau mengkaji sejauh mana tepatnya penghampiran tersebut. Ada yang mengatakan bahawa beliau mencuba untuk memahami konsep berhubung dengan topik ‘differential and integral calculus’.


  • Brahmagupta


Brahmagupta adalah seorang ahli matematik yang sangat signifikan pada zaman India purba. Beliau memperkenalkan konsep yang sangat berkesan tentang asas matematik, dimana kita menggunakan sifar dalam pengiraan matematik, algoritma untuk punca kuasa dua, penyelesaian bagi persamaan kuadratik dan penggunaan matematik dan algebra untuk bercerita mengenai peristiwa astronomi dan jangkaan yang akan berlaku. Idea-idea beliau amat berguna kepada perkembangan di Eropah. Penulisan Brahmagupta banyak mengandungi konsep matematik dan astronomi sehingga ke hari ini. Seorang penulis pada zaman itu, Bhaksara II, menggelar Brahmagupta sebagai Ganita Chakra Chudamani, yang bermaksud, "mutiara di kalangan ahli matematik” (the gem in the circle of mathematicians).


  • Al-khwarizmi

Beliau merupakan ahli matematik, astronomi dan ahli geografi yang dilahirkan di sebuah bandar kecil di Persia sekitar tahun 770. Nama keluarga beliau adalah Khwarizm dan merupakan keturunan Magus, paderi Zoroaster. Walaupun sedikit yang kita ketahui tentang Al-Khwarizmi, namun beliau adalah salah seorang yang sangat berpengaruh di kalangan ahli matematik Arab. Buku terkenal beliau adalah ‘Hisab al-jabr w'al mugabalah’ di mana nama ‘algebra’ diperolehi. 

Tajuk itu kemudiannya diterjemahkan yang membawa maksud "the science of reunion and reduction." Perkataan tersebut merujuk kepada kajian sistematik mengenai persamaan linear dan persamaan kuadratik. Buku inilah yang menjadi punca timbulnya cabang ilmu algebra sekarang. Hari ini, manusia menggunakan algoritma untuk mengira hasil tambah dan pembahagian cara panjang, di mana prinsip sebenarnya datang daripada teks yang ditulis oleh Al-Khawarizmi sejak 2000 tahun dahulu. Al-Khwarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan nombor-nombor Arab kepada Negara Barat, yang kemudiannya membawa kepada perkembangan sembilan angka Arab termasuk sifar. Al-Khwarizmi juga seorang ahli astronomi yang menulis buku tentang astronomi dan jadual astronomi.


  • Blaise Pascal



Beliau dilahirkan di Clermont Ferrand, Perancis pada 19 Jun 1623. Pada awal kerjayanya dia merumuskan salah satu teorem asas untuk geometri unjuran, yang disebut teorem Pascal. Selain itu ia merumuskan teori matematik kebarangkalian, yang masih digunakan dalam matematik hari ini, jadual Aktuaria, teori fizik dan statistik sosial. Dalam hal penemuan, beliau menghasilkan mesin mekanik pertama pada tahun 1642. Sumbangan beliau terhadap Sains termasuklah bukti eksperimen bahawa medan merkuri meningkat atau berkurang sesuai dengan tekanan atmosfera sekitarnya. Kemudian,ahli fizik Torricelli Itali mengesahkan pemerhatian Pascal itu. Pascal juga memberikan sumbangan terhadap pemahaman kita tentang prinsip sains (hukum Pascal), yang menyatakan bahawa cecair menekan sama (tekanan) ke semua arah. Blaise Pascal meninggal dunia di Perancis pada 1662 pada usia 39.


  • Johann

Lahir pada 30 April 1777, Johann adalah satu-satunya anak yang lahir bagi pasangan Gebhard Dietrich, seorang pekerja dan peniaga, dengan Dorothea Benze Gauss, seorang pelayan. Seorang yang bijak dalam aritmetik, ia menambah semua integer daripada satu hingga 100 dengan menambah mereka dalam pasangan. Beliau mengumpulkannya secara jumlah 101 dan beliau mendapati ada lima puluh set kesemuanya. dan menjumlahkan semua menjadi 5050. Didapati formula Gauss adalah S = n (n +1) / 2 dan digunakan semasa zaman Pythagoras. Gauss menyumbang kepada dunia matematik tulen dan matematik gunaan sehingga ke abad 20. Kajian beliau tentang algebra dan geometri membawa kepada kemajuan teori kebarangkalian, topologi dan analisis vektor. Di antara penemuan dan sumbangan beliau adalah mencipta alat mengukur trigonometri, sebuah prototaip dari telegraf elektrik dan sebagainya. Kegemarannya juga adalah terhadap kristalografi, optik, mekanik dan sebagainya.




  • Cantor

Georg Ferdinand Ludwig Philipp Cantor dilahirkan pada 3 Mac 1845, di St. Petersburg, Russia, merupakan anak pertama kepada the Georg Woldemar Cantor dan Maria Böhm. Semasa masih muda, beliau jelas menunjukkan bakat matematik. Beliau berhasrat untuk menjadi seorang ahli matematik tetapi bapanya lebih suka beliau menjadi seorang jurutera.Beliau menghadiri beberapa buah sekolah kejuruteraan, termasuklah Gymnasium di Wiesbaden dan Kolej Teknikal di Darmstadt pada tahun 1860. 

Cantor akhirnya menerima persetujuan ibubapanya untuk mempelajari matematik pada 1862. Georg Cantor menghasilkan banyak idea yang mempengaruhi dunia matematik pada abad ke 20. Di antara sumbangan hebat beliau adalah memperkenalkan idea infiniti, sebuah inovasi yang meletakkan beliau sebagai pengasas dan pencipta teori set. Sumbangan beliau dihargai penuh oleh ahli matematik terkemuka, David Hilbert, yang mengatakan bahawa, "Cantor has created a paradise from which no one shall expel us." Selain daripada sebagai pengasas teori set, Cantor juga menyumbang kepada analisis klasik. Dalam pada itu, beliau juga membuat kerja-kerja inovasi terhadap nombor nyata dan merupakan orang pertama memberi makna kepada nombor bukan nisbah menerusi susunan nombor nombor nisbah.

Sejarah awal Matematik

Kebanyakkan kebudayaan sudah mula menggunakan matematik asas iaitu mengira dan mengukur. Pengembangan matematik baru telah dilaporkan dalam beberapa kebudayaan dan zaman. Sebelum perluasan ilmu di seluruh dunia, contoh-contoh tulisan pengembangan matematik baru mengancam kegemilangan pada sebahagian orang tempatan. Kebanyakan teks matematik kuno yang dapat diperolehi datang dari Mesir purba di Kerajaan Tengah sekitar 1300-1200 SM Mesopotamia sekitar 1800 SM dan India kuno sekitar 800-500 SM . Semua teks tersebut memberikan perhatian pada kononnya dipanggil Teorem Pythagoras, yang nampaknya pengembangan matematik terawal dan tersebar selepas aritmetik dan geometri asas.

Bukti pertama yang benar aktiviti matematik di China dapat ditemui pada simbol berangka pada tulang keramat, yang bertarikh kira-kira 1300 SM, sementara Dinasti Han di China Kuno menyumbangkan Buku Panduan Pulau Laut dan Sembilan Bab mengenai Seni Matematik dari abad ke-2 SM sehingga abad ke-2 M. Yunani dan kebudayaan keyunanian MesirMesopotamia dan bandar Syracuse menambahkan ilmu matematik. Matematik Jainisme meyumbang dari abad ke-4 SM sehingga abad ke-2 Masihi, sementara ahli matematik Hindu dari abad ke-5 dan ahli matematik Islam dari abad ke-9 membuat penyumbangan banyak pada matematik.

Satu ciri menarik perhatian mengenai sejarah matematik kuno dan Zaman Pertengahan adalah pengembangan lanjut matematik mengikut dengan berapa abad stagnasi. Mulanya di Zaman Pertengahan Itali di abad ke-16, pengembangan matematik baru, berinteraksi dengan penemuan saintifik baru, telah dilakukan pada tahap yang sentiasa bertambahan, dan bersambungan ke hari ini.

Lama sebelum rekod tertulis yang terawal, terdapat lukisan-lukisan yang menunjukkan pengetahuan tentang matematik dan pengukuran masa berasaskan bintang. Umpamanya, para ahli paleontologi telah menemui batuan-batuan oker di sebuah gua di Afrika Selatan yang dihiasi dengan corak-corak geometri tercakar yang wujud sejak dari kira-kira 70 milenium SM lagi. Tambahan pula, artifak prasejarah yang ditemui di Afrika dan Perancis yang wujud sejak dari antara 35000 SM dan 20,000 SM menunjukkan percubaan-percubaan awal untuk mengukur masa. Bukti juga wujud bahawa penghitungan awal melibatkan kaum wanita yang menyimpan rekod-rekod kitaran haid mereka; umpamanya 28, 29, 30 cakar pada tulang atau batu, diikuti oleh garis mendatar. Tambahan pula, para pemburu memiliki konsep "satu", "dua", dan "banyak", serta juga gagasan "tiada" atau "sifar" apabila mempertimbangkan kawanan haiwan.

Tulang Ishango yang ditemukan di kawasan hulu air Sungai Nile (Congo) telah wujud seawal 20,000 SM. Salah satu tafsiran yang biasa adalah bahawa tulang itu merupakan bukti jujukan-jujukan nombor perdana dan pendaraban Mesir kuno terawal yang diketahui. Orang Mesir Pradinasti pada milenium ke-5 SM juga menggambarkan reka-reka bentuk ruang geometri. Telah didakwa juga bahawa monumen-monumen megalit dari seawal milenium ke-5 SM di Mesir dan kemudiannya monumen-monumen di England dan Scotland dari milenium ke-3 SM menggabungkan gagasan-gagasan geometri seperti bulatanelips, dan tigaan Pythagorus ke dalam reka bentuk mereka, serta juga mungkin memahami pengukuran masa berdasarkan pergerakan bintang-bintang. Sejak dari kira-kira tahun 3100 SM, orang Mesir memperkenalkan sistem perpuluhan terawal yang diketahui yang membenarkan pengiraan tak tentu melalui simbol-simbol yang baru. Pada kira-kira tahun 2600 SM, teknik-teknik pembinaan besar-besaran Mesir melambangkan bukan sahaja pengukuran (survei) tetapi juga membayangkan pengetahuan nisbah keemasan.

Matematik terawal India kuno yang diketahui wujud sejak dari kira-kira 3000-2600 SM di Tamadun Lembah Indus (Tamadun Harappan) di India Utara dan Pakistan. India kuno mengembangkan:

Alat-alat matematik yang ditemukan termasuk sebatang pembaris perpuluhan yang tepat, dengan pembahagian-pembahagian kecil dan persis, sebuah alat kulit yang bertindak sebagai kompas untuk mengukur sudut-sudut pada permukaan satah atau pada ufuk dalam gandaan 40-360 darjah, sebuah alat kulit yang digunakan untuk mengukur 8–12 bahagian penuh ufuk dan langit, serta sebuah alat untuk mengukur kedudukan bintang bagi tujuan-tujuan pengemudian.

Skrip Indus masih tidak dapat ditafsirkan dan oleh itu, tidak banyak yang diketahui tentang bentuk tertulis matematik Harappan. Bukti arkeologi telah menyebabkan sesetengah ahli sejarah mempercayai bahawa tamadun ini menggunakan sistem berangka asas 8 dan memiliki pengetahuan tentang nisbah lilitan bulatan dengan diameternya , iaitu nilai π.


Ahli Matematik Mesir Kuno (k.k 1850-600 SM)

Matematik Mesir merujuk kepada matematik yang ditulis dalam bahasa Mesir. Dari tempoh Hellenistikbahasa Yunani menggantikan bahasa Mesir bagi bagi bahasa penulisan sarjana Mesir, dan bermula detik ini matematik Mesir bergabung dengan Matematik Yunani dan Babylon, lalu memberikan matematik Hellenstik. Pembelajaran matematik di Mesir kemudian diteruskan bawah pemerintahan Khalifah Islam sebagai sebahagian matematik Islam apabila bahasa Arab dijadikan bahasa penulisan sarjana Mesir.

Teks matematik tertua buat masa ini papirus Moscow, sebagai sebahagian papirus Kerajaan Pertengahan Mesir bertarikh kk. 2000—1800 SM. Seperti teks matematik purba lain, ia mengandungi apa yang kita kenali sebagai "permasalahan perkataan" atau "cerita permasalahan", yang digunakan sebagai hiburan. Satu permasalahan dikira penting kerana ia memberikan cara untuk mencari isi padu frustum: "Jika kamu diberitahu: Sebuah piramid terpenggal yang 6 bagi ketinggian menegaknya dengan 4 bagi tapa dan 2 di atas. Kamu mengkuasa-duakan 4 ini akan menjadi 16. Kamu menggandakan 4, hasilnya 8. Kamu mengkuasa-duakan 2, hasilnya 4. Kamu menambahkan 16, 8, dan 4, hasilnya 28. Kamu ambil satu pertiga dari enam, hasilnya dua. Kamu ambil 28 dua kali, hasilnya 56. Tengok, ia 56. Kamu akan mendapatinya betul."

Papirus Rhind (kk. 1650 SM) merupakan teks matematik utama lain, sebuah manual arahan dalam aritmetik dan geometri. Sebagai tambahan untuk memberi rumus luas dan kaedah bagi pendaraban, pembahagian dan menggunakan unit pecahan, ia juga mengandungi bukti bagi pengetahuan matematik lain termasuklah nombor gubahan dan perdanamin aritmetikgeometri dan harmoni; dan pemahaman mudah bagi kedua-dua Penapis Eratosthenes dan teori nombor sempurna (dinamakan, itu yang bernombor 6). Ia juga menunjukkan bagaimana untuk menyelesaikan persamaan linear tertib pertama  begitu juga dengan janjang aritmetik dan geometri.

Juga, tiga unsur geometri terkandung dalam papirus Rhind mencadangkan pembuktian termudah bagi geometri analisis: (1) paling pertama, bagaimana untuk mendapatkan penghampiran bagi jitu hingga kurang dari satu peratus; (2) kedua, kerja purba mengkuasa-duakan bulatan; dan (3) ketiga, penggunaan paling awal bagi kotangen. Akhir sekali papirus Berlin (kk. 1300 SM) menunjukkan masyarakan Mesir purba mampu menyelesaikan persamaan algebra tertib kedua.



Ahli matematik Babylon kuno (k.k. 1800 – 550 SM) 


Matematik Babylonia merujuk kepada mana-mana matematik orang Mesopotamia (Iraq kini) dari masa awal Sumer sehingga permulaan Zaman Keyunanian. Ia dinamai sebagai matematik Babylonia kerana peranan utama Babylon sebagai sebuah tempat pengajian. Bagaimanapun, tempat ini kemudian hilang sama sekali pada zaman Keyunanian dan sejak dari masa itu, matematik Babylon bergabung dengan matematik Yunani dan Mesir untuk menghasilkan matematik Keyunanian.

Berbeza dengan kekurangan sumber matematik Mesir, pengetahuan kita tentang matematik Babylonia berasal daripada melebihi 400 buah tablet lempung yang diekskavasi sejak dari dekad 1850-an. Dituliskan dalam skrip tulisan pepaku, tablet-tablet itu ditulis semasa tanah liatnya masih lembap dan dibakar di dalam ketuhar atau melalui haba matahari. Sesetengah tablet tersebut kelihatan merupakan kerja sekolah yang disemak. Kebanyakannya yang diekskavasi antara tahun 1800 SM hingga tahun 1600 SM merangkumi topik-topik yang termasuk pecahanalgebrapersamaan kuadratik dan persamaan kuasa tiga, serta juga penghitungan tigaan Pythagorus (sila lihat Plimpton 322). Tablet-tablet itu juga merangkumi jadual-jadual pendaraban dan trigonometri, serta kaedah-kaedah untuk menyelesaikan persamaan-persamaan linear dan kuadratik. Tablet Babylonia YBC 7289 memberikan anggaran √2 yang tepat sehingga lima tempat perpuluhan.

Matematik Babylonia ditulis dengan menggunakan sistem angka perenampuluhan (asas-60). Berdasarkan ini, kita menerbitkan kegunaan 60 saat seminit, 60 minit sejam, dan 360 (60 x 6) darjah sebulatan. Kemajuan-kemajuan matematik Babylonia dipermudah oleh fakta bahawa nombor 60 mempunyai banyak pembahagi. Berbeza dengan orang Mesir, Yunani, dan Rom, orang Babylonia mempunyai sistem nilai tempat yang benar, dengan angka-angka yang ditulis pada lajur kiri mewakil nilai yang lebih besar, iaitu serupa dengan sistem perpuluhan. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai titik perpuluhan dan oleh itu, nilai tempat sesuatu simbol harus disimpul berdasarkan konteksnya.

Ahli matematik Cina kuno (k.k. 1300 SM – 200 Masihi)

Mulanya dari zaman Shang (15001027 SM), extant terawal matematik Cina mengandungi nombor-nombor yang dituliskan pada kerang kura-kura. Nombo-nombor ini menggunakan sistem perpuluhan, supaya nombor 123 dituliskan (dari atas ke bawah) sebagai lambang untuk 1 diikuti oleh angkanya untuk seratus, kemudian angkanya untuk 2 diikuti oleh angka untuk sepuluh, akhirnya angka untuk 3. Ini adalah sistem bilangan yang termaju di dunia dan membenarkan pengiraan diangkutkan pada suan pan atau sempoa Cina. Tarikh penciptaan suan pan tidak tentu, tetapi rujukan terawal adalah pada AD 190 pada Supplementary Notes on the Art of Figures yang ditulis oleh Xu Yue. Suan pan sudah tentu digunakan lebih awal dari tarikh ini.

Di China, pada 212 SM, Maharaja Qin Shi Huang (Shi Huang-ti) mengarahkan bahawa semua buku tersebut dibakarkan. Sedangkan arahan ini tidak dituruti dengan secara besar, sebagai akibatnya sedikit yang diketahui dengan tentu mengenai matematik Cina kuno. Dari Dinasti Zhou, karya matematik yang terlama yang telah diselamatkan dari pembakaran buku adalah I Ching, yang menggunakan 64 pilih atur sebuah garis pejal atau putus-putus untuk tujuan berfalsafah atau mistik.

Selepas tempoh pembakaran buku tersebut, Dinasti Han (206 BC—AD 221) menghasilkan karya matematik yang dianggapkan berkembang pada karya-karya yang hilang sekarang. Yang terpenting dari kesemuanya adalah Sembilan Bab pada Kesenian Matematik. ia mengandungi masalah 246 perkataan, termasuk pertanian, perniagaan dan kejuruteraan dan termasuk bahan pada segi tiga kanan dan π.

 Ahli matematik India kuno (k.k. 900 SM – 200 Masihi)

Shatapatha Brahmana (kk. kurun ke-9 SM) menganggarkan nilai π hingga dua tempat perpuluhan. Sutra Sulba (kk. 800-500 SM) adalah teks geometri yang menggunakan nombor bukan nisbahnombor perdana, dan petua tigaan dan punca kuasa tiga; mengira punca kuasa dua bagi 2 hingga lima tempat perpuluhan; memberikan kaedah bagi mengkuasa duakan bulatan; menyelesaikan persamaan linear dan persamaan kuadratik; mengembangkan trirangkap Pythagoras secara algebra dan memberikan bukti] pernyataan dan perangkaan bagi teorem Pythagoras.

Pāṇini (kk. abad ke-5 SM) merumuskan peraturan tatabahasa untuk Bahasa Sanskrit. Catatannya mirip dengan catatan matematik moden, dan menggunakan peraturan meta, transformasi, dan rekursi dengan canggihnya yang tatabahasanya mengadakan kuasa pengiraan bersamaan dengan mesin Turing. Karya Panini juga digunakan pada perintis teori moden bagi tatabahasa formal (penting dalam pengiraan), manakala bentuk Panini-Backus menggunakan oleh kebanyakan bahasa pengaturcaraan moden yang juga membawa maksud serupa dengan petua tatabahasa Panini. Pingala (kira-kira abad ke-3 SM-abad pertama SM) dalam karangan prosodi yang menggunakan peranti yang secocok dengan sistem berangka deduaan.

 Matematik Yunani dan Keyunanian (k.k. 550 SM – 300 Masihi)

Thales dari Miletus


Matematik Greek yang dikaji sebelum zaman keyunanian hanya merujuk kepada matematik Greece. Sebaliknya, matematik Greek yang dikaji sejak zaman keyunanian (sejak 323 SM) merujuk kepada semua matematik yang ditulis dalam bahasa Greek. Ini disebabkan matematik Greek sejak masa itu bukan hanya ditulis oleh orang-orang Greek tetapi juga oleh para cendekiawan bukan Greek di seluruh dunia keyunanian sehingga hujung timur Mediterranean. Matematik Greek dari saat itu bergabung dengan matematik Mesir dan Babylon untuk membentuk matematik keyunanian. Kebanyakan teks matematik yang ditulis dalam bahasa Greek telah ditemui di GreeceMesirMesopotamiaAsia MinorSicily dan Itali Selatan.

Walaupun teks matematik terawal dalam bahasa Greek yang telah ditemui ditulis selepas zaman keyunanian, banyak teks ini dianggap sebagai salinan karya-karya yang ditulis semasa dan sebelum zaman keyunanian. Bagaimanapun, tarikh-tarikh penulisan matematik Greek adalah lebih pasti berbanding dengan tarikh-tarikh penulisan matematik yang lebih awal, kerana terdapat sebilangan besar kronologi yang mencatat peristiwa dari setahun ke setahun sehingga hari ini. Walaupun demikian, banyak tarikh masih tidak pasti, tetapi keraguan adalah pada tahap beberapa dekad dan bukannya berabad-abad.

Matematik Greek dianggap dimulakan oleh Thales (k.k.. 624 — k.k. 546 SM) dan Pythagoras (k.k. 582 — k.k. 507 BC) walapun takat pengaruh mereka masih dipertikaikan. Mereka mungkin dipengaruhi oleh idea-idea MesirMesopotamia, dan India. Thales menggunakan geometri untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti mengira ketinggian piramid dan jarak kapal dari pantai. Menurut ulasan Proclus tentang EuclidPythagoras mengemukakan teorem Pythagorus dan membina tigaan Pythagorus melalui algebra. Adalah diaku secara umum bahawa matematik Greek berbeza dengan matematik jiran-jirannya dari segi desakannya terhadap bukti-bukti aksioman.

Ahli-ahli matematik Greek dan keyunanian merupakan orang-orang pertama bukan sahaja untuk memberi bukti kepada nisbah (hasil usaha para penyokong Pythagorus), tetapi juga untuk mengembangkan kaedah menerusi habisan, serta saringan Eratosthenes untuk menentukan nombor perdana. Mereka menggunakan kaedah ad hoc untuk membina sebuah bulatan atau elips dan mengembangkan sebuah teori kon yang menyeluruh; mereka mengambil banyak formula yang berbagai untuk keluasan dan isi padu, dan menyimpulkan kaedah-kaedah untuk mengasingkan formula yang betul daripada yang salah, serta menghasilkan formula-formula am.

Bukti-bukti abstrak tercatat yang pertama adalah dalam bahasa Greek, dan semua kajian logik yang masih wujud berasal daripada kaedah-kaedah yang disediakan oleh Aristotle. Dalam karyanya, Unsur-unsurEuclid menulis sebuah buku yang telah dipergunakan sebagai buku teks matematiks di seluruh EropahTimur Dekat, dan Afrika Utara selama hampir dua ribu tahun. Selain daripada teorem-teorem geometri yang biasa seperti teorem PythagorusUnsur-unsur merangkumi suatu bukti yang menunjukkan bahawa punca kuasa dua adalah suatu nisbah, dan bilangan nombor perdana adalah tidak terhingga.

Sesetengah cendekiawan mengatakan bahawa Archimedes (287 – 212 SM) dari Syracuse ialah ahli matematik Greek yang terunggul, jika bukan ahli matematik yang terunggul di seluruh dunia sehingga masa ini. Menurut Plutarch, Archimedes dilembing oleh seorang askar Rom semasa menulis formula-formula matematik pada debu ketika berumur 75 tahun. Masyarakat Rom tidak meninggalkan banyak bukti tentang minat mereka terhadap matematik tulen.


Matematik Klasik Cina (k.k. 400 – 1300)

Zu Chongzhi (abad ke-5) dari Dinasti Selatan dan Utara menghitung nilai π hingga tujuh tempat perpuluhan yang merupakan nilai π yang paling tepat selama hampir 1,000 tahun.

Selama seribu tahun yang menyusul dinasti Han, mulai dari dinasti Tang sehingga dinasti Song, matematik Cina berkembang maju ketika zaman matematik Eropah masih belum wujud. Perkembangan-perkembangan yang mula-mulanya dibuat di China dan hanya kemudian diketahui di dunia Barat, termasuk nombor negatifteorem bionomial, kaedah-kaedah matriks untuk menyelesaikan sistem persamaan linear dan teorem baki Cina. Orang Cina juga mengembangkan segi tiga Pascal dan peraturan tiga lama sebelum ia dikenali di Eropah.

Walaupun selepas matematik Eropah mula berkembang maju semasa Zaman Perbaharuan Eropah, matematik Eropah dan Cina merupakan dua tradisi yang berlainan, dengan keluaran matematik Cina yang penting mengalami kemerosotan sehingga para mubaligh Jesuit membawa idea-idea matematik ulang-alik antara kedua-dua budaya itu dari abad ke-16 hingga abad ke-18.


Matematik Klasik India (k.k. 400 – 1600)
Aryabhata

 Surya Siddhanta (k.k. 400) memperkenalkan fungsi trigonometri bagi sinuskosinus, serta sinus songsang, dan menyediakan peraturan untuk menentukan pergerakan cakerawala kilau yang mengikut posisi-posisinya yang sebenar di langit. Kitaran waktu kosmologi yang dijelaskan dalam teksnya yang disalin daripada karya yang lebih awal adalah 365.2563627 hari bagi setiap tahun purata mengikut bintang, iaitu hanya 1.4 saat lebih lama daripada nilai moden sebanyak 365.25636305 hari. Karya ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Latin sewaktu Zaman Pertengahan.

Pada tahun 499Aryabhata memperkenalkan fungsi versinus dan menghasilkan jadual sinus trigonometri yang pertama, mengembangkan teknik dan algoritma algebrainfinitesimalpersamaan pembezaan, dan memperolehi penyelesaian nombor bulat untuk persamaan linear dengan suatu cara yang serupa dengan cara moden, bersamaan dengan perkiraan astronomi tepat berasaskan sebuah sistem kegravitian heliosentrik. Sebuah terjemahan Aryabhatiya dalam bahasa Arab dari abad ke-8 dapat diperolehi, diikuti dengan terjemahan dalam bahasa Latin dari abad ke-13. Beliau juga mengira nilai π hingga empat tempat perpuluhan sebagai 3.1416. Kemudian pada abad ke-14Madhava menghitung nilai π sehingga sebelas tempat perpuluhan sebagai 3.14159265359.

Pada abad ke-7Brahmagupta memperkenalkan teorem Brahmaguptaidentiti Brahmagupta, serta rumus Brahmagupta dan dalam karyanya, Brahma-sphuta-siddhanta, beliau buat pertama kali menerangkan dengan jelas tentang sistem angka Hindu-Arab serta penggunaan sifar sebagai pemegang tempat dan angka perpuluhan. Adalah daripada terjemahan teks matematik India ini (sekitar 770) bahawa ahli-ahli matematik Islam telah diperkenalkan kepada sistem angka ini yang kemudian disesuaikan oleh mereka menjadi angka Arab. Cendekiawan-cendekiawan Islam membawa ilmu sistem nombor ini ke Eropah menjelang abad ke-12 dan kini, sistem ini telah menggantikan semua sistem nombor yang lebih lama di seluruh dunia. Pada abad ke-10, ulasan Halayudha bagi karya Pingala mengandungi sebuah kajian jujukan Fibonacci dan segi tiga Pascal, serta menggambarkan pembentukan matriks.

Pada abad ke-12Bhaskara merupakan tokoh pertama untuk memikirkan kalkulus pembezaan, bersamaan dengan konsep-konsep terbitan, pekali pembezaan dan pembezaan. Beliau juga membuktikan teorem Rolle (kes khas untuk teorem nilai min), mengkaji persamaan Pell, dan menyiasat terbitan fungsi sinus. Sejak abad ke-14Madhava serta ahli-ahli matematik Pusat Pengajian Kerala yang lain mengembangkan ideanya dengan lebih lanjut. Mereka mengembangkan konsep-konsep analisis matematik dan nombor titik apung, serta konsep asas bagi seluruh perkembangan kalkulus, termasuk teorem nilai min, pengamiran sebutan demi sebutan, perhubungan antara keluasan di bawah lengkuk dengan kamirannya, ujian untuk ketumpuankaedah lelaran bagi penyelesaian persamaan tak linear, serta sebilangan siri tak terhinggasiri kuasasiri Taylor dan siri trigonometri. Pada abad ke-16Jyeshtadeva menggabungkan banyak perkembangan dan teorem Pusat Pengajian Kerala dalam karya Yuktibhasa, sebuah teks kalkulus pembezaan pertama di dunia yang juga merangkumi konsep-konsep kalkulus kamiran. Kemajuan matematik di India menjadi lembap sejak akhir abad ke-16, akibat pergolakan politik.


 Matematik Islam (k.k. 700 – 1600)
Muhammad ibn Musa al-kwarzmi


Kekalifahan Islam (Empayar Islam) yang diasaskan di Timur TengahAfrika UtaraIberia, dan sesetengah bahagian India (di Pakistan) pada abad ke-8 mengekalkan dan menterjemahkan banyak teks matematik keyunanian (daripada bahasa Greek kepada bahasa Arab) yang kebanyakannya telah dilupai di Eropah pada masa itu. Penterjemahan berbagai-bagai teks matematik India dalam bahasa Arab memberikan kesan yang utama kepada matematik Islam, termasuk pengenalan angka Hindu-Arab ketika karya-karya Brahmagupta diterjemahkan dalam bahasa Arab pada kira-kira tahun 766. Karya-karya India dan keyunanian menyediakan asas untuk penyumbangan Islam yang penting dalam bidang matematik yang menyusul. Serupa dengan ahli-ahli matematik India pada waktu itu, ahli-ahli Islam minat akan astronomi khususnya.

Walaupun kebanyakan teks matematik Islam ditulis dalam bahasa Arab, bukan semuanya ditulis oleh orang Arab kerana, serupa dengan status bahasa Greek di dunia keyunanian, bahasa Arab dipergunakan sebagai bahasa tertulis oleh cendekiawan-cendekiawan bukan Arab di seluruh dunia Islam pada waktu itu. Sesetengah ahli matematik yang terpenting adalah orang Parsi.

Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, ahli astronomi Parsi abad ke-9 dari Kekalifahan Baghdad, menulis banyak buku yang penting mengenai angka Hindu-Arab dan kaedah untuk menyelesaikan persamaan. Perkataan algoritma berasal daripada namanya, manakala perkataan algebra berasal daripada judul Al-Jabr wa-al-Muqabilah, salah satu karyanya. Al-Khwarizmi sering dianggap sebagai bapa algebra moden dan algoritma moden.

Perkembangan algebra yang lebih lanjut telah dibuat oleh Abu Bakr al-Karaji (953—1029) dalam karyanya, al-Fakhri, yang memperluas kaedah algebra untuk merangkumi kuasa kamiran serta punca kuasa bagi kuantiti yang tidak diketahui. Pada abad ke-10Abul Wafa menterjemahkan karya-karya Diophantus dalam bahasa Arab dan mengembangkan fungsi tangen.

Omar Khayyam, pemuisi serta ahli matematik abad ke-12, menulis Perbincangan mengenai Kesukaran dalam Euclid, sebuah buku mengenai kecacatan dalam karya Unsur-unsur Euclid. Beliau memberi penyelesaian geometri untuk persamaan kuasa tiga yang merupakan salah satu perkembangan yang paling asli dalam matematik Islam. Khayyam amat terpengaruh dalam pembaharuan takwim. Sebahagian besar trigonometri sfera dikembangkan oleh Nasir al-Din Tusi (Nasireddin), salah seorang ahli matematik Parsi pada abad ke-13. Beliau juga menulis sebuah karya yang terpengaruh mengenai postulat selari Euclid.

Dalam abad ke-15Ghiyath al-Kashi mengira nilai π sehingga tempat perpuluhan ke-16. Kashi juga mencipta algoritma untuk mengira punca kuasa ke-n yang merupakan kes yang khas untuk kaedah-kaedah yang diberikan berabad-abad kemudian oleh Ruffini dan Horner. Ahli-ahli matematik Islam lain yang terkenal termasuk al-SamawalAbu'l-Hasan al-UqlidisiJamshid al-KashiThabit ibn QurraAbu Kamil dan Abu Sahl al-Kuhi.

Pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam abad ke 15, perkembangan matematik Islam menjadi lembap. Ini adalah selari dengan kelembapan perkembangan matematik ketika orang Rom menaklukkan dunia keyunanian.


Matematik Zaman Pembaharuan Eropah (k.k. 1200 – 1600)

Di Eropah pada bermulanya Zaman Pembaharuan Eropah, kebanyakan yang kini dipanggil matematik sekolah — kira-kira campur, kira-kira tolak, pendaraban, pembahagian, dan geometri — dikenali oleh orang-orang yang berpendidikan, walaupun notasi mereka adalah besar dan memakan ruang: angka-angka rumi serta perkataan-perkataan digunakan, bukannya simbol: tidak adanya tanda plus, tanda persamaan, serta penggunaan x sebagai simbol untuk kuantiti yang tak diketahui. Kebanyakan matematik yang kini diajar di universiti diketahui hanya oleh komuniti matematik di India atau masih belum diselidik dan dikembangkan di Eropah.

Melalui penterjemahan teks Arab dalam bahasa Latin, pengetahuan tentang angka Hindu-Arab serta perkembangan penting Islam dan India yang lain dibawa ke Eropah. Terjemahan karya Al-Khwarizmi, Al-Jabr wa-al-Muqabilah, oleh Robert of Chester dalam bahasa Latin pada abad ke-12 adalah mustahak khususnya. Karya-karya terawal Aristotle dikembangkan semula di Eropah, mula-mulanya dalam bahasa Arab dan kemudian dalam bahasa Greek. Yang amat penting ialah penemuan semula Organon, himpunan tulisan logik Aristotle yang disusun pada abad ke-1.

Keinginan yang dibangkitkan semula tentang perolehan pengetahuan baru mencetuskan pembaharuan minat terhadap matematik. Pada awal abad ke-13Fibonacci menghasilkan matematik penting yang pertama di Eropah sejak masa Eratosthenes, satu lompang yang melebihi seribu tahun. Tetapi sejauh yang kini diketahui, hanya sejak akhir abad ke-16 bahawa ahli-ahli matematik mula membuat kemajuan tanpa sebarang prajadian di mana-mana tempat di dunia.

Yang pertama daripada ini ialah penyelesaian am bagi persamaan kuasa tiga yang secara umumnya dikatakan dicipta oleh Scipione del Ferro pada kira-kira tahun 1510, tetapi diterbitkan buat pertama kali oleh Gerolamo Cardano dalam karyanya, Ars magna. Ini diikuti dengan cepat oleh penyelesaian persamaan kuartik am oleh Lodovico Ferrari.

Sejak masa itu, perkembangan-perkembangan matematik muncul dengan pantas dan bergabung dengan kemajuan dalam bidang sains untuk menghasilkan faedah bersama. Pada tahun 1543 yang penting, Copernicus menerbitkan karyanya, De revolutionibus, yang menegaskan bahawa Bumi mengelilingi Matahari, dan Vesalius menerbitkan De humani corporis fabrica yang mengolahkan tubuh manusia sebagai suatu himpunan organ.

Didorong oleh desakan pelayaran serta keperluan yang semakin bertambah untuk peta-peta kawasan besar yang tepat, trigonometri bertumbuh menjadi satu cabang matematik yang utama. Bartholomaeus Pitiscus merupakan orang pertama yang menggunakan perkataan ini ketika beliau menerbitkan karyanya, Trigonometria, pada tahun 1595. Jadual sinus dan kosinus Regiomontanus diterbitkan pada tahun 1533.

Disebabkan oleh Regiomontanus (1436—1476) dan François Vieta (1540—1603), antara lain, pada akhir abad, matematik ditulis menggunakan angka Hindu-Arab dalam bentuk yang tidak amat berbeza dengan notasi-notasi yang anggun yang kini digunakan.


  Abad ke-17

Abad ke-17 memperlihatkan ledakan yang tidak pernah berlaku dahulu tentang idea-idea matematik dan sains di seluruh Eropah. Galileo Galilei, seorang Itali, mencerap bulan-bulan yang mengelilingi Musytari dengan menggunakan sebuah teleskop yang berdasarkan mainan yang diimport dari Holland. Tycho Brahe, seorang Denmark, mengumpulkan sejumlah data matematik yang amat besar untuk memerihalkan kedudukan-kedudukan planet di langit. Muridnya, Johannes Kepler, seorang Jerman, memulakan kerjanya dengan data ini. Disebabkan sebahagian oleh keinginannya untuk membantu Kepler dalam penghitungan, Lord Napier di Scotland merupakan orang pertama untuk menyelidik logaritma tabii. Kepler berjaya dalam perumusan hukum-hukum matematik mengenai gerakan planet. Geometri analisis yang dikembangkan oleh Descartes, seorang Perancis, membenarkan orbit-orbit ini diplot pada suatu graf. Dan Isaac Newton, seorang Inggeris, menemui hukum-hukum fizik yang menerangkan orbit-orbit planet serta juga matematik kalkulus yang dapat digunakan untuk menyimpulkan hukum-hukum Kepler daripada prinsip kegravitaan semesta Newton. Secara berasingan, Gottfried Wilhelm Leibniz di negara Jerman mengembangkan kalkulus dan banyak notasi kalkulus yang masih digunakan pada hari ini. Sains dan matematik telah menjadi sebuah usaha antarabangsa yang kemudian tersebar ke seluruh dunia.

Selain daripada penggunaan matematik untuk mengkaji langit, matematik gunaan mula berkembang ke bidang-bidang yang baru, dengan surat-menyurat antara Pierre de Fermat dengan Blaise Pascal. Pascal dan Fermat menyediakan persediaan asas untuk penyelidikan teori kebarangkalian dan hukum-hukum kombinatorik yang sepadan dalam perbincangan-perbincangan mereka tentang permainan pertaruhan. Pascal, dengan pertaruhan, mencuba menggunakan teori kebarangkalian yang baru dikembangkan ini untuk memperdebatkan pengabdian hidup pada agama, berdasarkan alasan bahawa walaupun jika kebarangkalian kejayaan adalah kecil, ganjarannya tidak terbatas. Dari satu segi, ini membayangkan perkembangan yang kemudian terhadap teori utiliti pada abad ke-18 dan ke-19.


Abad ke-18

Seperti yang telah dilihat, pengetahuan nombor tabii, 1, 2, 3,..., sebagaimana yang dikekalkan pada struktur-struktur monolitik, adalah lebih tua daripada mana-mana teks tertulis yang masih wujud. Peradaban-peradaban terawal — di Mesopotamia, Mesir, India dan China — tahu akan matematik.
Salah satu cara untuk melihat perkembangan berbagai-bagai sistem nombor matematik moden adalah untuk melihat nombor-nombor baru yang dikaji dan diselidikkan bagi menjawab soalan-soalan aritmetik yang dilakukan pada nombor-nombor yang lebih tua. Pada zaman prasejarah, pecahan dapat menjawab soalan: apakah nombor yang, apabila dikalikan dengan 3, memberi jawapan 1. Di India dan China, dan lama kemudian di Jerman, nombor-nombor negatif dikembangkan untuk menjawab soalan: apakah hasilnya apabila anda menolak nombor yang lebih besar dengan nombor yang lebih kecil. Rekaan sifar mungkin menyusul daripada soalan yang sama: apakah hasilnya apabila anda menolak sesuatu nombor dengan nombor yang sama.
Lagi satu soalan yang lazim adalah: apakah jenis nombornya untuk punca kuasa dua? Orang-orang Yunani tahu bahawa hasilnya bukan sesuatu pecahan, dan soalan ini mungkin memainkan peranan dalam perkembangan pecahan lanjar. Tetapi jawapan yang lebih baik muncul dengan rekaan perpuluhan yang dikembangkan oleh John Napier (1550 - 1617) dan kemudian dijadi sangat baik oleh Simon Stevin. Menggunakan perpuluhan dan idea yang menjangka konsep had, Napier juga mengkaji pemalar baru yang Leonhard Euler (1707 - 1783) menamakan e.
Euler amat terpengaruh dalam pemiawaian istilah dan notasi matematik yang lain. Beliau menamakan punca kuasa dua bagi minus 1 dengan simbol i. Beliau juga mempopularkan penggunaan huruf Greek untuk nisbah lilitan dengan diameternya. Euler kemudian memperoleh salah satu identiti yang luar biasa dalam seluruh matematik:


  Abad ke-19

Pada sepanjang abad ke-19, matematik menjadi semakin abstrak. Dalam abad ini, hidup salah satu ahli matematik yang terunggul, Carl Friedrich Gauss (1777 - 1855). Mengetepikan banyak sumbangannya kepada sains, beliau membuat kerja revolusioner tentang fungsi pemboleh ubah kompleks dalam bidang matematik tulen, dalam bidang geometri, serta mengenai penumpuan siri. Beliau mengemukakan buat pertama kali bukti-bukti yang memuaskan mengenai teorem asas algebra dan hukum kesalingan kuadratikNikolai Ivanovich Lobachevsky mengembangkan dan menyelidiki geometri bukan EuclidWilliam Rowan Hamilton mengembangkan algebra bukan kalis tukar tertib. Selain daripada haluan-haluan baru dalam bidang matematik, matematik yang lebih lama memberikan asas logik yang lebih kukuh, khususnya dalam kes kalkulus, melalui karya-karya Augustin-Louis Cauchy dan Karl Weierstrass.

Juga buat pertama kali, had-had matematik diperiksa dengan teliti. Niels Henrik Abel, seorang Norway, dan Évariste Galois, seorang Perancis, membuktikan bahawa tidak terdapat sebarang kaedah algebra am untuk menyelesaikan persamaan polinomial yang melebihi empat darjah, dan ahli-ahli matematik abad ke-19 yang lain mempergunakan ini untuk membuktikan bahawa tepi lurus dan kompas pada dirinya tidaklah mencukupi untuk membahagikan tiga sama sudut sembarangan, untuk membina tepi kubus yang isi padunya dua kali lebih besar daripada sesuatu kubus yang tertentu, atau untuk membina segi empat sama yang sama keluasannya dengan sesuatu bulatan yang tertentu. Ahli-ahli matematik telah gagal dalam percubaan mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sejak masa Yunani kuno.

Penyelidikan Abel dan Galois tentang penyelesaian pelbagai persamaan polinomial menyediakan persediaan asas untuk mengembangkan dengan lebih lanjut teori kumpulan dan bidang-bidang algebra abstrak yang berkaitan. Pada abad ke-20, para ahli fizik dan ahli sains yang lain telah memperlihatkan teori kumpulan sebagai cara yang ideal untuk mengkaji simetri.

Abad ke-19 juga memperlihatkan pengasasan persatuan-persatuan matematik yang pertama: Persatuan Matematik London pada tahun 1865Société Mathématique de France pada tahun 1872Circolo Mathematico di Palermo pada tahun 1884Persatuan Matematik Edinburg pada tahun 1864, dan Persatuan Matematik Amerika pada tahun 1888.

Sebelum abad-20, bilangan ahli matematik yang kreatif di dunia pada mana-mana satu masa adalah terhad. Kebanyakan kalinya, ahli-ahli matematik dilahirkan dalam kekayaan, umpamanya Napier, atau disokong oleh penaung-penaung kaya, umpamanya Gauss. Tidak terdapat banyak punca pendapatan selain daripada mengajar di universiti, umpamanya Fourier, atau di sekolah tinggi seperti dalam kes Lobachevsky. Niels Henrik Abel yang tidak dapat pekerjaan, maut akibat batuk kering.

 Abad ke-20

Pekerjaan ahli matematik benar-benar bermula pada abad ke-20. Setiap tahun, beratus-ratus Ph.D. dalam matematik dianugerahkan, dan pekerjaan-pekerjaan boleh didapati untuk kedua-dua pengajaran dan industri. Perkembangan matematik bertumbuh dengan pesat, dengan terdapat terlalu banyak kemajuan untuk membincangkan, kecuali beberapa yang amat penting.

Pada dekad 1910-anSrinivasa Aaiyangar Ramanujan (1887-1920) mengembangkan melebih 3,000 teorem, termasuk sifat-sifat nombor gubahan sangat tinggifungsi sekatan serta asimptotnya, dan fungsi teta maya. Beliau juga membuat kejayaan cemerlang serta penemuan yang utama dalam bidang fungsi gamabentuk modularsiri mencapahsiri hipergeometri, dan teori nombor perdana.

Teorem-teorem termasyhur dari masa dahulu memberikan tempat kepada teknik-teknik yang baru dan lebih berkesan. Wolfgang Haken dan Kenneth Appel menggunakan sebuah komputer untuk membuktikan teorem empat warnaAndrew Wiles yang bekerja bersendirian di dalam pejabatnya selama bertahun-tahun membuktikan teorem terakhir Fermat.

Seluruh bidang-bidang baru matematik seperti logik matematik, matematik komputer, statistik, dan teori permainan mengubahkan jenis-jenis soalan yang dapat dijawab dengan kaedah-kaedah matematik. Bourbaki, ahli matematik Perancis, mencuba menggabungkan semua bidang matematik menjadi satu keseluruhan yang koheren.

Terdapat juga penyelidikan-penyelidikan baru tentang had matematik. Kurt Gödel membuktikan bahawa di mana-mana sistem matematik yang merangkumi integer, terdapat kenyataan benar yang tidak dapat dibuktikanPaul Cohen membuktikan ketakbersandaran hipotesis kontinum berdasarkan aksiom piawai teori set.

Menjelang akhir abad, matematik juga mempengaruhi seni apabila geometri fraktal menghasilkan bentuk-bentuk indah yang tidak pernah dilihat dahulu.

Teorem Empat Warna



 Abad ke-21

Pada bermulanya abad ke-21, banyak pendidik menyatakan kebimbangan mengenai sebuah kelas rendah yang baru, iaitu buta huruf matematik dan sains. Pada waktu yang sama, matematik, sainskejuruteraan, dan teknologi bersama-sama mencipta pengetahuankomunikasi, dan kemakmuran yang tidak termimpi oleh ahli-ahli falsafah kuno.